
Definisi berjimat cermat sering di uar-uarkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Tanpa amalan tersebut tidak mustahil negara kita akan mengalami krisis ekonomi. Adakah masyarakat kini tidak tahu cara untuk berjimat cermat ? Untuk mengelak krisis ekonomi, semua rakyat memainkan peranan penting dalam mengamalkan sikap berjimat-cermat. Hal ini perlu dilakukan oleh semua orang bak kata pepatah “beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis” kerana kita tidak menduga sesuatu perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Jika sikap itu berjaya di terapkan, banyak faedah yang di peroleh.
Salah satu langkah untuk menggalakkan sikap berjimat-cermat, kerajaan perlu menyeru rakyat agar membuat pelaburan pendidikan untuk anak-anak. Tanpa kestabilan ekonomi negara, sesebuah negara tidak dapat dibangunkan atau dimajukan. Komitmen seseorang amatlah diharapkan bagi membangunkan ekonomi Negara. Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mengamalkan tabiat suka berjimat-cermat, sebagaimana pepatah Melayu ada menyebut “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
“Malang tidak berbau”. Peribahasa ini sangat sinonim dengan kehidupan manusia. Tiada sesiapa pun dapat menjangka musibah yang bakal muncul di kemudian hari. Oleh itu, amalan berjimat-cermat dapat membantu sebagai persediaan apabila menghadapi waktu genting seperti pembedahan, kemalangan,penyakit kronik atau kematian mengejut.


0 comments:
Post a Comment