Sekolah

Tuesday 1 May 2012



Siapa kat sini masih belajar, tidak kira sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaa, sekolah menengah atau sekolah asrama. Sudah menjadi tabiat, setiap kali nak masuk sekolah pada tahun yang baru. Mesti awak, awak dan awak minta kat ibu bapa kelengkapan sekolah yang baru. Waktu ini lah ibu bapa membeli beli cari baju, kasut, alat tulis, beg baru dll.

Hah, budak zaman sekarang suka apabila tiba semester baru persekolah. Boleh tayang beg baru, baju baru, kasut baru(berkilat gitu), jumpa kawan-kawan baru, dan paling utama belajar benda baru. Selalunya pada hari pertama persekolahan, kalau boleh nak satu badan bau kedai. Betul tak? Mengaku sahajalah kawan-kawanku. Stok lama simpan dalam rumah dahulu, nanti dan pertengahan tahun, baru guna semula.

Tetapi, bukankah itu di namakan pembaziran ? Bukankah kita boleh sahaja guna barang-barang persekolahan yang lama selagi ia masih boleh di gunakan ? Wahai kawan sekalian, tidak kesiankah kepada ibu bapa yang terpaksa berbelanja duit lebih untuk anak-anak ? Terutama sekali anak yang ramai lagi kesian tambahan pula gaji ibu bapa cukup-cukup makan. Jadi, seharusnya anak-anak balas budi ibu bapa dengan kecemerlangan akademik. Setuju tak ? Cer komen cer komen :D

p/s : Jangan marah ya kawan-kawan. Hanya pendapat kami :)